Wednesday, 29 December 2021

Raya Yang Paling Dirindui - Sebelum Covid-19 Muncul

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca! 
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!  


Untuk artikel kali ini saya saja nak kongsi tentang situasi perayaan tahun-tahun sebelum Covid-19 muncul. Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang paling dinantikan oleh umat Islam kerana pada hari tersebutlah kita merayakan pengorbanan kita setelah sebulan berkorban berpuasa menahan lapar dan dahaga. Hari raya merupakan perayaan yang diraikan bersama insan tersayang. Paling dirindui bila dapat solat di pagi raya secara berjemaah dengan orang ramai. Selain kita yang dewasa, yang paling seronok berhari raya semestinya kanak-kanak. 

Teringat zaman kecil dulu lingkungan 12 tahun ke bawah, selalu ikut ibu bapa beraya dari rumah ke rumah. Waktu kecil, kita tak mengenal erti sebenar beraya namun apabila meningkat dewasa, semestinya kita tahun bahawa beraya menziarahi dari rumah ke rumah dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan tersayang dan mengeratkan hubungan yang jauh dengan keluarga yang jarang bertemu. Selain itu, kita juga dapat mengenal waris keluarga kedua-dua belah ibu dan bapa kita. 

Waktu kecil dulu, apa perkara yang menarik perhatian sekali apabila laungan azan raya berkumandang? Kanak-kanak mestilah berfikiran kanak-kanak. Dulu, bila tiba je malam raya, siap sedia kemas barang dari rumah nak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Bukan setakat baju yang penuh dalam beg, tapi mercun, bunga api besi yang legend pun ada sekali! Siap sedia nak bermain dengan sepupu sepapat kita kat kampung. Paling seronok bila malam raya pakcik makcik bakar bunga api besar untuk perayaan besar-besaran. Lumayan! Lepas solat raya, biasanya ikut ibu bapa dulu hari raya pertama... berjalan ke rumah saudara mara yang jauh. Kenal-kenal dengan sepupu baru. Hari raya kedua apa yang kita buat zaman kecil? Semestinya mula raya kedua sehingga raya kelima terus keluar bersama sepupu semua berjalan kakilah kita beraya dari rumah ke rumah ... "Assalamualaikum, ada orang tak, kami datang nk raya" begitulah reaksi kami bila jumpa rumah mewah, mulalah target nak dapat duit warna merah 😆

Tapi itu dulu, sekarang dah makin dewasa kita sedikit sebanyak memahami erti perayaan yang sebenar. Bila dah besar umur 20an ini, kerja kita hanya di dapur terutamanya perempuan, anak dara. Orang kata pakai lawa-lawa ke dapur juga hehe. Bukan setakat mencuci pinggan mangkuk, namun kerja yang dilakukan semasa malam raya ialah merewang atau berkampung. Duduk dengan makcik-makcik bawang sambil tolong potong bawang dan sediakan bahan memasak untuk dihidangkan pagi raya. Seronok juga, yela maklumlah dah besar jadi perlu la tahu duduk dapur, pasang langsir, kemas rumah dan sebagainya. 

Juadah pula macam mana? Juadah pagi raya saya yang kebiasaannya semestinya nasi impit, pulut dan rendang ayam. Jaranglah keluarga ini nak makan daging. Kalau kuih raya biasanya yang paling Izz gemar adalah almond london, popia nestum dan pelbagai jenis tart! Sedap sangat, lagi sedap kalau diri sendiri yang buat biar puas hati berbalang nak makan pun hehe. 

Tapi itu semua dulu punya raya... sekarang sejak Covid-19 melanda seluruh negara, raya pun dah tak dapat merasa almond london 😭 Tapi cukup bermakna raya sepanjang musim wabak ini bersama keluarga tercinta. Dapat luang masa lebih lagi. Walaupun tak dapat beraya ke sana sini macam dulu, tapi cukup bersyukur masih dikurniakan keluarga disamping kita untuk menyambut raya yang indah. Janji beraya kan!

No comments:

Post a Comment

TEMPAT MENARIK YANG INGIN DIKUNJUNGI!