Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca!
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!
Banyak sangat tempat-tempat menarik yang ada di tanah air kita. Macam² tempat boleh kita kunjungi untuk bergambar, tenangkan fikiran serta bersantai dengan ahli keluarga. Bagi saya, banyak juga tempat di Malaysia yang tak pernah saya datang. Selalunya bila bercuti, keluarga mesti bawa ke Melaka. Dah 5 kali pergi sana. Sampai bosan dah berjalan di sana. Tapi masakan asam pedas piaw Melaka memang sedap! Tak sangka banyak kali juga saya ke sana. Dari umur 5 tahun, 10 tahun, 14 tahun dan paling baru masa berumur 19 tahun. Selalu sangat ke sana.
Selain dari Melaka, keluarga saya pernah bawa berjalan-jalan di Kuala Terengganu... Na Na Na Na Na Ganu Kite 😝 Tapi saya asalnya dari Selangor keluarga pula dari Kelantan, Gomo Kelate Gomo ! Hehehe. Part menarik masa bercuti di Ganu, kami menaiki bot ke Masjid Kristal, beli pakaian yang ada lambang wau bulan dan buat keychain penyu sebagai kenangan. Selain dari Ganu, Melaka, kami sering melawat muzium, tempat² menarik yang popular di Kelantan. Sering sekali berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan. Dah bosan juga ni heheh.
Itu baru berjalan dengan keluarga, belum lagi yang ikut lawatan sekolah/kolej/luar. Dulu saya selalu ikuti lawatan ke Cruise Tasik Putrajaya, Port Dickson, ke Johor Baharu, di Johor kami bermalam di Pontian. Dapat lihat matahari terbenam. Cantik sangat². Sesuai bagi yang nak bergambar. Makanan di sana saja dah sedap. Sesuai bawa adik-beradik, keluarga besar dan kawan². Selain itu, saya juga pernah ke Langkawi, Kedah. Macam kita semua tahu, di Langkawi ini terdapat pelbagai coklat yang lazat, murah yang senang diborong 🤩. Suka sangat bila dapat berkunjung ke sana menaiki feri dan menaiki bot ke gua kelawar.
Itu semua tempat yang saya pernah pergi. Tapi ada lagi beberapa tempat² kecil yang tak disenarai. Disni saya kongsikan beberapa tempat yang kawan² pernah pergi, tetapi saya tidak. Dan saya amat menunggu masanya tiba untuk saya ke tempat² tersebut bersama keluarga, kawan² dan insan tersayang ❣️
1. Cameron Highlands
2. Gold Cost Negeri Sembilan
3. Bagan Lalang Negeri Sembilan
4. Tamarind Square, Cyberjaya
5. Sunway Lagoon
6. Gelongsor Terpanjang di Penang
7. Tok Bali, Kelantan
8. Zoo Melaka
9. Pulau Bunting
10. Pulau Tioman
11. Pulau Redang