Thursday, 30 December 2021

Experienced of CSR Program

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca! 
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!  

Wednesday, 29 December 2021

Raya Yang Paling Dirindui - Sebelum Covid-19 Muncul

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca! 
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!  


Untuk artikel kali ini saya saja nak kongsi tentang situasi perayaan tahun-tahun sebelum Covid-19 muncul. Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang paling dinantikan oleh umat Islam kerana pada hari tersebutlah kita merayakan pengorbanan kita setelah sebulan berkorban berpuasa menahan lapar dan dahaga. Hari raya merupakan perayaan yang diraikan bersama insan tersayang. Paling dirindui bila dapat solat di pagi raya secara berjemaah dengan orang ramai. Selain kita yang dewasa, yang paling seronok berhari raya semestinya kanak-kanak. 

Teringat zaman kecil dulu lingkungan 12 tahun ke bawah, selalu ikut ibu bapa beraya dari rumah ke rumah. Waktu kecil, kita tak mengenal erti sebenar beraya namun apabila meningkat dewasa, semestinya kita tahun bahawa beraya menziarahi dari rumah ke rumah dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan tersayang dan mengeratkan hubungan yang jauh dengan keluarga yang jarang bertemu. Selain itu, kita juga dapat mengenal waris keluarga kedua-dua belah ibu dan bapa kita. 

Waktu kecil dulu, apa perkara yang menarik perhatian sekali apabila laungan azan raya berkumandang? Kanak-kanak mestilah berfikiran kanak-kanak. Dulu, bila tiba je malam raya, siap sedia kemas barang dari rumah nak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Bukan setakat baju yang penuh dalam beg, tapi mercun, bunga api besi yang legend pun ada sekali! Siap sedia nak bermain dengan sepupu sepapat kita kat kampung. Paling seronok bila malam raya pakcik makcik bakar bunga api besar untuk perayaan besar-besaran. Lumayan! Lepas solat raya, biasanya ikut ibu bapa dulu hari raya pertama... berjalan ke rumah saudara mara yang jauh. Kenal-kenal dengan sepupu baru. Hari raya kedua apa yang kita buat zaman kecil? Semestinya mula raya kedua sehingga raya kelima terus keluar bersama sepupu semua berjalan kakilah kita beraya dari rumah ke rumah ... "Assalamualaikum, ada orang tak, kami datang nk raya" begitulah reaksi kami bila jumpa rumah mewah, mulalah target nak dapat duit warna merah 😆

Tapi itu dulu, sekarang dah makin dewasa kita sedikit sebanyak memahami erti perayaan yang sebenar. Bila dah besar umur 20an ini, kerja kita hanya di dapur terutamanya perempuan, anak dara. Orang kata pakai lawa-lawa ke dapur juga hehe. Bukan setakat mencuci pinggan mangkuk, namun kerja yang dilakukan semasa malam raya ialah merewang atau berkampung. Duduk dengan makcik-makcik bawang sambil tolong potong bawang dan sediakan bahan memasak untuk dihidangkan pagi raya. Seronok juga, yela maklumlah dah besar jadi perlu la tahu duduk dapur, pasang langsir, kemas rumah dan sebagainya. 

Juadah pula macam mana? Juadah pagi raya saya yang kebiasaannya semestinya nasi impit, pulut dan rendang ayam. Jaranglah keluarga ini nak makan daging. Kalau kuih raya biasanya yang paling Izz gemar adalah almond london, popia nestum dan pelbagai jenis tart! Sedap sangat, lagi sedap kalau diri sendiri yang buat biar puas hati berbalang nak makan pun hehe. 

Tapi itu semua dulu punya raya... sekarang sejak Covid-19 melanda seluruh negara, raya pun dah tak dapat merasa almond london 😭 Tapi cukup bermakna raya sepanjang musim wabak ini bersama keluarga tercinta. Dapat luang masa lebih lagi. Walaupun tak dapat beraya ke sana sini macam dulu, tapi cukup bersyukur masih dikurniakan keluarga disamping kita untuk menyambut raya yang indah. Janji beraya kan!

Adakah Azam 2021 Tercapai?

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca! 
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!  



Hi semua, untuk blog kali ini Izz nak bercerita tentang azam Izz untuk tahun terakhir saya berumur 21😁 

Azam yang dulunya pada tahun 2019, 2020 pun masih tak tercapai inikan pula lagi 3 hari menjelang 2022 bergelang 100% dewasa dah. Pertama sekali dalam nak mencapai azam kita mesti perlukan plan untuk kita kaji, kenalpasti halangan yang bakal tiba jika hendak mencapai sesuatu. Apa azam saya tahun 2021? Masih tergapai di langit atau sudah tercapai? Jawapannya, masih terbang di awangan. 

Pada mulanya saya terfikir untuk tamatkan tahun ini dengan azam yang tersemat dari tahun 2020 namun masih tidak berpeluang untuk mencapainya. Mungkin belum rezeki dan belum tiba masanya untuk saya menceburi sepenuhnya ke arah itu. Ke arah mana itu? Semestinya ke arah pembentukan plan perniagaan yang mendalam. Azam Izz pada tahun 2021 ialah mempelajari lebih mendalam ilmu perniagaan dan mencapai target yang diimpikan namun tiada rezeki lagi. 

Azam pada 2021 adalah impikan sebuah kedai atau lot untuk memproses sambal dan pes dengan lebih mudah. Menguruskan perbelanjaan dengan lebih mudah. Menguruskan perniagaan dengan lebih mendalam. Cebur bidang pasaran dan bersaing dengan Usahawan-usahawan yang dah bertahun di pasaran. Agak sukar untuk masuk ke pasaran kerana ilmu masih cetek. 

Secara keseluruhannya, azam Izz pada 2021 tidak tercapai dan akan dibawa ke tahun hadapanlah hehehe 😆 Nak bahagikan masa belajar dengan berniaga sangat sukar bagi saya. Adakala saya tersilap langkah dalam berniaga, ada masa saya terlepas tugas penting dalam pembelajaran. Nak menyusun masa belum terfikir cara yang lebih efektif. Saya tetap akan cuba lakukan yang terbaik pada tahun 2022. Disebabkan azam 2021 dibawa ke 2022, maka saya perlu lebih sensitif dan bergiat aktif dengan situasi ini. Perlukan semangat dan kerjasama keluarga serta sokongan mereka yang selalu sokong dari awal berniaga sehingga dah ada stokis. Insha-Allah, Izlyna akan berjaya pada suatu masa akan datang. Cepat atau lambat pencapaian itu, yang pasti kita berusaha lebih. Allah beri lebih. 

Walaupun masih terkejut dah dapat sambung Ijazah, saya perlu juga tenangkan diri untuk terus kekal fokus demi ibu bapa saya. Dah susah payah ibu bapa kita didik kita dan sokong sehingga ke tahap ini, tak dapat nafikan beribu ribann habis dikeluarkan untuk tengok anak perempuan mereka ini habis dan tamatkan ijazah. 

Alhamdulillah, dengan menulis di blog, hati terasa tenang sedikit walaupun dalam otak mengejar masa menyiapkan segala tugas diberi pensyarah. 

Azam 2022, nantikan azam 2021 dicapai dengan lebih baik malah jika dapat lebih, Alhamdulillah. Hidup mesti diteruskan kan 😎 Keep it up everybody! Teruskan capai matlamat masing-masing dan panjat menara gading 💪💪💪


-Terima Kasih 2021 kerana menyumbang banyak kenangan yang dapat dilupakan- 

Skincare For Beginners

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca! 
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!  

Monday, 13 December 2021

I Finally Graduated from Diploma !

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca! 
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!  

TEMPAT MENARIK YANG INGIN DIKUNJUNGI!