Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca!
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!
Untuk blog kali ini, Izz nak kongsikan beberapa tips dan produk kecantikan yang Izz selalu guna dan ada beberapa produk tambahan yang baru dicuba.
Seperti yang kita semua tahu, kecantikan ini salah satu dari perkara yang penting dalam kehidupan seharian kita. Ramai yang nak tampil yakin seperti orang lain tapi kulit tak berapa lawa dan cantik disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah, usia yang semakin meningkat. Kebanyakan daripada kita tidak menggunakan produk yang bersesuaian dengan wajah peringkat umur sekian. Umur memainkan peranan kerana semakin kita meningkat usia, semakin perlu untuk kita menjaga rapi kulit wajah kita daripada rosak. Kulit yang rosak adalah kulit yang tidak sihat, menampilkan wajah yang kusam dan teruk. Disebabkan itu, tiada keyakinan untuk berjumpa orang ramai kerana ada perasaan 'insecurity'.
Kat sini Izz akan kongsikan beberapa produk kecantikan serta tips pemilihan produk yang terbaik terutamanya kepada pemula yang baru sahaja meningkat remaja, yang nak baru sahaja nak bermanja dengan kulit.
First thing first that should beginners know to protect our skin from damage is how to choose the skincare product. Macam yang kita tahu, terdapat banyak produk di luar sana yang dah pun upgrade formula skincare kepada bahan-bahan yang bagus untuk penjagaan kulit wajah. Sebelum memilih sesuatu produk kecantikan, kita perlu kenalpasti apa jenis kulit kita sama ada kombinasi/combination, berminyak, kusam, kering, berjerawat, jeragat dan sebagainya. Apa yang perlu ada untuk menjaga kulit wajah kita?
Haa, kat sini Izz kongsikan beberapa perkara/produk yang perlu ada, antaranya :-
1. Pencuci/Cleanser
Seperti yang kita tahu, perkara pertama yang paling penting dalam penjagaan muka semestinya pencuci muka. Pemilihan pencuci muka sangat penting untuk memberi kesan yang mendalam ke atas kulit kita iaitu menyerikan kulit daripada terus kusam. Nak berdepan dengan orang ramai, nak tampil yakin mestilah perlu cantik dulu kan? Especially girls out there, they are very stritcly protect their skin untuk jadi lebih flawles depan orang. Dah cantik barulah yakin!
Untuk pencuci muka, bagi yang baru saja nak mula menjaga, Izz cadangkan untuk awak pilih pencuci muka yang ada AHA & BHA sesuai untuk semua jenis kulit kering, kusam, berjerawat dan jeragat. Boleh atasi bermacam jenis kulit jika sesuatu pencuci itu sesuai dengan jenis kulit kita. Kulit kita ini manja, jadi perlu dibelai gitu 😆 Izz gunakan pencuci yang ada 'Exfoliate' which same function with scrub. Untuk kulit yang berminyak, combination, boleh cari pencuci yang ada 'oily control' sebab jenis yang ini mampu mengurangkan minyak yang berlebihan dalam kulit kita.
Izz gunakan pencuci dari Bluebell Skincare which is good and suits my skin well.
2. Toner/Hydrating Face Mist
Selepas mencuci, perlu menggunakan toner atau hydrating face mist untuk melembapkan kulit serta menurunkan pH kulit kita. Untuk pemilihan toner, boleh cari produk local yang bagus atau di drugstore berdekatan awak seperti Watson, Guardian, Wellness dan lain-lain. Paling bagus jika toner tersebut ada bahan seperti 'Arbutin' & 'Niacinamide'. Function niacinamide ini mampu untuk mengecilkan pori-pori yang besar, mengurangkan minyak yang berlebihan dan protect our skin barrier from dullness skin.
Bagi yang ada masalah kulit kering, boleh cuba yang ada kedua-dua bahan di atas atau pilih yang ada hydration moist. Sangat bagus untuk melembapkan kulit kita dan pertahankan kulit dari kedut. Izz gunakan toner by Nano White sebab ada bahan seperti arbutin dan niacinamide. Toner Nano White ini mampu untuk mencerahkan kulit, memberi kelembapan yang lama serta baiki tekstur kulit wajah kita.
3. Serum/Essence
Sebenarnya bagi pemula yang baru nak menjaga kulit muka tak digalakkan pun untuk pakai serum tetapi adalah sangat bagus jika diterapkan. Serum yang terbaik adalah yang mengandungi bahan seperti 'Hyluronic Acid'. Ada juga serum yang dah 3 dalam satu lengkap dengan Arbutin, Retinol dan Hyluronic acid. Macam Izz, serum yang digunakan adalah Radiance Serum dari Bluebell Skincare. Produk local,tapi function ya semua! Serum yang Izz gunakan ada hyluronic acid dan vitamin E, dijamin halal ya jadi semua boleh cuba. Search on Instagram, @bluebellskincareofficial.
4. Pelembap Kulit/ Moisturiser
Untuk pelembap, juga Izz gunakan dari Bluebell Skincare. Antara yang advanced from this moisturiser is they have UV protection with SPF30 PA +++, lagi banyak + lagi bagus. For beginners, Izz tak galakkan untuk cuba tinted moisturiser sebab takut tak sesuai lagi dengan kulit muda awak but you can try it on your own. Dekat drugstore banyak juga moisturiser yang mengandungi vitamin C dan collagen. Sesuai untuk kulit kering, seeloknya cari yang ada arbuti + niacinamide.
5. Sunblock
This part, every beginners should focus! It is very important for your skin. Kulit kita wajib guna sunblock untuk bantu prevent from UVA & UVB. Paling bagus jika sunblock tersebut SPF50 PA ++++ lagi banyak plus lagi bagus. Remaja berumur 17 dan ke atas amat digalakkan untuk mencuba SPF50 PA +++ sebab kulit kita perlu dijaga dari awal seawal usia kita. Tambahan lagi jika dan mula on duty (period). Izz gunakan sunblock dari Nivea iaitu Luminous 630 Spotclear, terdapat SPF50 PA+++ dan function of oil control. It also prevents the re-appearance of dark spots. Boleh cari di Watson. Harga anggaran dalam RM40.
6. Krim Malam/ Night Cream
Selesai untuk bahagian siang hari, untuk malam Izz selalunya ulang yang sama iaitu pakai pencuci, toner, serum dan baru gunakan krim malam. Bagi krim malam, Izz gunakan yang moistures sesuai untuk jaga kulit masa tidur. Make sure when you wake up, you face getting flawless! Izz gunakan Night Moisturiser from Bluebell Skincare. Terdapat 'Steam Cell' dan 'Collagen' sangat bagus bagi yang nak flawles and glow!
Jadi, selain dari 6 yang di atas, sangat bagus untuk kita amalkan pemakanan yang sihat serta minum air kosong yang banyak supaya kulit kita sentiasa sihat dan segar. Barulah yakin! Sekian saja perkongsian kali ini. Thank You! 💋
Full Skincare Routine : Watch this video 👇
Full Skincare Routine : Watch this video 👇
No comments:
Post a Comment