Saturday, 8 January 2022

5 things people doesn't know about me

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca! 
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!  








Hello & selamat petang semua! 😁 Macam mana harian awak semua setelah seminggu pembukaan tahun baru 2022 ini? Adakah okay? Tertanya juga apa yang akan saya kongsikan dalam blog kali ini 💕😎

        Untuk blog kali ini, saya nak berkongsi tentang 10 perkara yang orang lain sama ada ibu, bapa atau kawan rapat saya tak tahu tentang saya. Hanya saya seorang sahaja yang tahu. Woww, macam menarik je, apakah itu ya? Pertama sekali sebelum saya mulakan, saya juga nak kongsikan pautan blog pertama yang saya pernah buat sebelum ini. Nak kata mahir itu tidaklah tapi bolehlah bab penulisan kan hehehe 

        Dulu, saya berniat mulakan penulisan sebagai penulis blog... saya sangat minat menulis dan sangat suka menyertai apa jua program ataupun pertandingan penulisan. Nak kongsi juga tapi bukan nak riak ya hehe, saya pernah mendapat hadiah tempat pertama dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah sahaja. Walaupun peringkat sekolah, namun nak mencapai tahap A+ bukan mudah bagi kelas keempat seperti saya. Saya juga merupakan bekas pelajar ekonomi dan pernah mengambil matapelajaran Ekonomi Asas, tapi semuanya dulu masa SPM, dan saya drop the subject because I don't want to take a risks time tu. Alhamdulillah, plan pertama SPM berakhir dengan sebaiknya dan cadangan saya yang katanya tak mahu ambil risiko sangat berkesan! Eh, tersasar jauh pula bercerita hahaha😆

Okay, disini saya kongsikan link blog pertama saya dan penulisan pertama saya sejak zaman sekolah menengah. 



Baiklah, kita teruskan dengan topik utama kita iaitu 10 perkara yang orang lain tak tahu tentang saya. Apakah ia? Jeng jeng jeng...


1) Luar & dalam tak sependapat
  • Saya seorang yang automatik secara langsungnya memendam seribu perasaan walaupun tak terlihat dari raut wajah. Misalnya ditanya kenapa luar dan dalam tak sependapat & apa maksudnya? 
  • Maksudnya, saya seorang yang selalu kelihatan ceria dalam khalayak ramai tetapi jika ada sesuatu yang buatkan saya tersinggung meskipun sesuatu itu adalah seperti terhidu asap rokok, saya akan pendam sampai  saya lupa. 

2. Suka bersemuka, berjalan dan tidak boleh duduk diam
  • Walaupun keluarga tak gemar berjalan sana sini, tapi saya suka. Berjalan saya bukanlah masuk ke pusat beli belah sahaja. Saya suka berjalan yang tidak perlu memakai atau menaiki apa2 jenis kenderaan. Saya suka bersenam sambil berjalan hehehe.
3. Suka bercakap, mencuba bakat bercakap dalam khalayak ramai

  • Iya, saya memang minat untuk bercakap dalam khalayak ramai. Saya suka jika ditawarkan jawatan sebagai pengacara 
4. Tidak suka melambatkan kerja, menangguh

  • Jika terdapat sesuatu kerja lebih-lebih lagi secara berkumpulan, saya akan terus memaklumkan skop kerja masing-masing. 
  • Saya tidak suka melambatkan tugasan atau menangguh seseuatu kerja kerana ia akan membebankan kita dengan masa yang terlalu padat. 
5. Extrovert & Introvert

  • Kadang, sifat saya mudah berubah menjadi introvert. Kadang juga tidak. Tetapi hakikatnya saya selalu extrovert. 

No comments:

Post a Comment

TEMPAT MENARIK YANG INGIN DIKUNJUNGI!