Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca!
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!
Pada blog kali ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang cara menyusun jadual, mengurus masa belajar dan berniaga serta sedikit tips untuk bahagikan masa & tenaga secukupnya. Tentunya ramai sekali yang ingin bergiat niaga dalam masa yang sama mereka juga seorang pelajar seperti saya. Tips dan beberapa cara ini juga adalah 100% daripada saya dan bagaiman cara saya mengatur kehidupan saya yang serba kurang ini bermula tahun baharu 2022.
Saya juga baru sahaja ingin bergiat aktif dalam industri makanan, menjual makanan sedia untuk dimakan dan pelbagai pes masakan serba boleh. Saya juga merupakan seorang pelajar yang baru mula pada oktober 2021 di UKM, Bangi. Saya mengambil kursus Keusahawanan & Inovasi selaras dengan bidang saya, saya juga merupakan salah seorang peniaga tempatan yang baru. Bagi saya, sejak bermulanya kelas, agak sukar untuk membahagikan masa, tenaga dan seluruh jiwa saya untuk bekerjasama dalam menjalankan dua tugasan dalam satu masa iaitu berniaga dan belajar. Apa yang sukar?
Yang sukarnya apabila kita tidak menyusun jadual kita. Apa yang penting dalam menyusun jadual ini? Semestinya kita memerlukan masa yang sesuai untuk mengendalikan perniagaan kita dengan fokus terhadap kelas. Walaupun belajar secara Open Distance Learning (ODL), saya tahu banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Banyak persoalan yang sering saya tanyakan pada diri saya. Kadang terfikir, apa cara sesuai yang boleh saya buat untuk teruskan belajar, fokus pada jualan dalam satu masa. Ibarat saya lakukan dua perkara dalam satu masa "multitasking".
Saya juga tidak menggunakan cara yang efektif sejak mula belajar dan hanya lakukan apa yang patut lakukan terlebih dahulu. Namun, cara seperti ini tidak mendatangkan hasil malah lebih membebankan saya kerana harus menguruskan beberapa perkara dalam satu masa. Kadang, saya terlepas pandang bilangan tempahan yang masuk untuk saya uruskan kerana terlalu fokus dengan belajar, belajar dan belajar. Berniaga ini bagi saya adalah satu kerja tambahan yang mengisi masa suatu masa dulu la tetapi sekarang, saya mula belajar, jadi perlu seimbangkan beberapa perkara.
Sebelum kita nak tahu cara untuk uruskan masa, kita perlu tahu dulu apa masalah yang kita lalui. Macam saya, saya berniaga sambal dan pes secara atas talian. Kesukaran saya ialah dalam membahagikan masa dan tenaga saya. Tenaga dan masa yang saya gunakan adalah untuk memasak, membungkus makanan, hantar ke kedai, uruskan stokis tempatan, uruskan shopee dan media sosial yang lain untuk promosi. Banyak hal kan? Tapi nak tak nak mesti teruskan. Kekuatan saya adalah keluarga saya, banyak membantu saya dalam menguruskan hal-hal perniagaan saya. Oleh kerana dah tahu masalah yang dihadapi, barulah kita mula untuk menyusun masa kita.
Bermula hari Isnin, saya tiada kelas pada waktu pagi dan petang. Jadi saya boleh uruskan hal perniagaan saya seharian namun ada limit masa yang saya tetapkan iaitu mula bekerja jam 8 atau 8.30 pagi paling lewat jam 9, dan habis bekerja pada jam 5 atau 6.30 petang sebab kadang-kadang saya perlu uruskan postage. Saya jenis yang cepat bertindak, sebagai contoh, jika didapati ada order pada hari tersebut, hari tersebut itu jugalah saya uruskan postage. Malam, saya akan lakar tugasan untuk esok.
Hari Selasa, saya juga tidak mempunyai kelas. Jadi, saya ambil masa setakat 3 jam sahaja untuk uruskan perniagaan saya dan selebihnya saya akan mulakan pembelajaran saya. Saya akan mula belajar isi masa selebihnya dengan membuat ulangkaji beberapa subjek. Malam, saya akan sambung buat ulangkaji pelajaran lain. Maka, dalam sehari saya akan belajar 2 subjek. Supaya tak membebankan, saya akan susun tugasan-tugasan yang perlu saya hantar dahulu mengikut tarikh.
Hari Rabu, apa yang saya lakukan, saya fokus dengan kelas Prinsip Perakaunan bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi. Selepas itu, saya akan ulangkaji untuk matapelajaran pagi esoknya. Malam, saya akan habiskan masa dengan menyambung tugasan-tugasan yang perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan sama ada nak buat perbincanga dengan kawan-kawan ataupun baca buku.
Pada hari Khamis, saya ada kelas pada jam 8 hingga 11 untuk matapelajaran Mikroekonomi dan bersambung untuk matapelajaran Matematik untuk Ekonomi & Perniagaan pada jam 11 hingga jam 2 petang. Memang penuh jadual pagi hingga 2 petang. Saya rehat sekejap dalam satu jam kemudian sambung untuk perniagaan saya, tengok shopee sama ada order masuk atau tidak dan buat poster untuk media sosial. Malam, saya akan sambung ulangkaji seperti biasa dan sediakan kelengkapan untuk subjek Aplikasi Komputer pada hari berikutnya.
Hari Jumaat, penghulu segala hari. Saya fokus untuk kelas pada jam 8 pagi hingga 11 selepas itu saya sambung ulangkaji beberapa subjek dan rehat sebelum masuk waktu zohor. Malam, saya akan berehat kerana esoknya cuti hehehe 😛
Sabtu, saya akan masak sambal dan packing untuk jual. Memang seharianlah jawabnya. Jadi malam Ahad, saya cuma berehat dan isi masa lapang dengan keluarga. Hari Ahad? Cuti lagilah 😜 Ahad semestinya masa bersama keluarga, dan jangan campur adukkan dengan perkara lain kecuali jika perlu/wajib.
Biasanya saya akan ada perjumpaan kelab/program tapi tidaklah setiap hari. Jadi itu masih boleh selit dala, jadual malam kerana perjumpaan kelab biasanya sekejap saja.
Sekian sahaja, moga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment