Tuesday, 4 January 2022

Review The Best Market

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca! 
Before that, don't forget to subscribe and follow my blog okay!  



Hai semua, hari ini Izz berkesempatan nak berkongsi dengan semua tentang pasar raya terbaik yang Izz sekeluarga pernah kunjungi. Bertahun juga kami setia dengan pasar raya tersebut kerana semua barangan yang dikeluarkan dan yang dijual disana sangat murah dan layanan di sana sangat memuaskan! Hampir setiap hari Izz dan keluarga berkunjung ke pasar raya ini untuk membeli barangan kelengkapan rumah seperti minyak masak, bahan mentah masakan dan sebagainya. Sangat mengujakan lagi apabila melihat begitu ramai pelanggan yang turut ke sana untuk membeli-belah. 

Pasar raya ini telah tertubuh bertahun lamanya dan mempunyai jumlah permintaan yang sangat banyak. Ianya ditubuhkan pada sekitar tahun 1996 dan bertapak pada awalnya di Pasar Borong Selayang. Apakah nama pasar raya tersebut? Namanya ialah Pasar Raya Sri Ternak yang ditubuhkan oleh Sri Ternak Food Mart Sdn Bhd yang juga merupakan salah satu anak syarikat dari Sri Ternak Group yang dikendalikan oleh Encik Ho dan keluarga. Encik Ho Ah Chai atau lebih dikenali sebagai Encik Ho merupakan pemilik asal yang sah yang mengetuai Sri Ternak seluruh cawangan di seluruh Malaysia. Encik Ho mempunyai seorang lagi ahli pemegang jawatan sah iaitu salah seorang anaknya. 

Untuk pengetahuan semua, Sri Ternak bukan lagi pasar raya kecil yang hanya berada di sesebuah tempah sahaja malah telah membuka beberapa cawangan di seluruh Malaysia. Terdapat beberapa cawangan lain seperti Sri Ternak Selayang, antaranya ialah Sri Ternak Mart di Seri Kembangan yang terletak di dalam Pasar Borong Selangor bersebelahan Rakan. Selain itu, terdapat juga beberapa cawangan yang dibuka dan dikendalikan oleh rakan kongsi Encik Ho iaitu Dato' Rosyam Nor yang juga merupakan pelakon, pengarah dan penerbit produksi. 

Antara supermarket yang dimiliki rakan kongsi Encik Ho iaitu Dato Rosyam ialah Sri Ternak (ST) Rosyam Mart Sdn Bhd, ST Rosyam Wholesale Express Sdn Bhd di Taipan, ST Rosyam Wholesale Express Sdn Bhd di USJ 9 dan ST Rosyam Mart Sdn Bhd di Shah Alam. 

Pasar raya ST yang terletak di Pasar Borong Selangor ini sangat besar dan mempunya pelbagai produk terutamanya produk-produk tempatan seperti Che Nor', Delici, Adabi, Maggie, Babas dan sebagainya. Terdapat juga beberapa produk yang jarang ditemui turut ada di sana. Kebiasaanya, Izz dan keluarga selalu membeli bahan-bahan mentah seperti ayam, daging, kambing dan ikan. Terdapat juga sotong sejuk beku yang dijual dalam kuantiti yang banyak dengan harga yang sangat berpatutan. Keluarga saya sering ke ST Mart Seri Kembangan ini kerana ingin membeli barangan yang akan dimasak untuk dijual. Selalunya, barang yang selalu dibeli oleh masyarakat setempat ini melalui pandanga Izz ialah barang seperti beras, bawang, minyak masak, gula dan bahan mentah seperti ayam dan daging. Mereka yang datang ke pasar ini bukan hanya membeli secara rawak (untuk seisi keluarga), malah mereka juga memborong makanan-makanan serta barangan disini untuk kegunaan kedai mereka. 

Beberapa hari yang lepas, saya telah ke pasar ini untuk memborong beberapa barangan untuk tujuan masakan kedai. Saya bersama ibu membeli ayam sebanyak 18 ekor, memborong bawang sebanyak 3 guni, mengambil ikan tongkol putih sebanyak 3 hingga 4 kotak dan beberapa barang lainnya. Layanan disini sangat terbaik kerana setiap pelanggan yang hadir memborong disini turut dibantu oleh beberapa pekerja untuk mengangkut barang-barang tersebut ke keret. Sangat memuaskan lagi apabila setiap barangan yang dibeli diteliti dengan baik oleh penjaga pasar raya tersebut.

No comments:

Post a Comment

TEMPAT MENARIK YANG INGIN DIKUNJUNGI!